» » Bukit Besi: "Saya tidak pernah dengar nama CAA Resources"-Razif


Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menafikan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat CAA Resources untuk kerja-kerja melombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Beliau berkata, "Saya tidak kenal syarikat berkenaan sementelah lagi individu berkenaan." Katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman pagi tadi.

"Pihak kerajaan telah melakukan siasatan atas tuduhan ini dan mendapati syarikat CAA Resources tidak pernah berdaftar dengan SSM. Bagaimana sebuah syarikatbyang tidak berdaftar boleh menjalankan perniagaan di Malaysia." Ujarnya.

"Kerajaan negeri melalui penasihat undang-undang akan menjalankan siasatan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menimbulkan fitnah dan yang menyebarkan fitnah kerana ia berniat jahat kepada kerajaan negeri. " katanya lagi.

"Kelulusan melombong bijih besi di sana telah diberi kepada empat buah syarikat yang beroperasi sepenuhnya di Malaysia dan akan di jual kepada Instant Steel dan Perwaja Steel dan tidak dibenar di bawa keluar negara." Tambahnya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply