» » PAS Terengganu lapor SPRM isu bijih besi...


PAS Terengganu hari ini telah membuat laporan kepada SPRM berkenaan laporan The New York Times bertajuk "Chinese Interests Look to Malaysia for Cheap Iron Ore and Profits".

PAS menerusi Pesuruhjayanya YB Satiful Bahri dan rombongan tiba di pejabat SPRM, Kuala Terengganu jam 11.30 pagi.



Dalam temubual selepas laporan dibuat, Satiful berkata, "Laporan ini dibuat bagi menggesa SPRM untuk membuat penyiasatan berkenaan isu ini kerana ia berkait dengan salah laku pemimpin BN dalam menguruskan lombong bijih besi ini."

"Isu ini merupakan satu isu yang harus diberi perhatian kerana ia bukan sahaja melibatkan negeri malah turut melibatkan negara malah turut mengheret institusi Kesultanan Terengganu." katanya.

Dalam pada itu pada sebelah pagi tadi Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang medianya telah menafikan penglibatan syarikat CAA Resources dalam perlombongan bijih besi di Bukit Besi. Baca laporan  ini.(KLIK)

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply