» » » » PANAS: Perihal anak tiri...

 

Menarik juga mendengar persidangan dewan rakyat hari ni, iaitu oleh MP PAS Kota Bharu yang menyatakan kerajaan seolah-olah menganak tirikan Kelantan yang mana banyak kemudahan awam yang tidak sempurna. Beliau memberi contoh dari Kelantan untuk ke KL perlu melalui bandar-bandar seperti Raub dan Bentong sebelum sampai ke Kelantan mahupun KL sehingga mengambil masa antara 7 hingga 8 jam.

Ini jawapan dari NR... hehehe

Bukan niat kerajaan untuk menganaktirikan rakyat kelantan, kerana bukan semua yang merasa dia dianaktirikan melainkan rakyat yang menyokong PAS sahaja. Bagi mereka yang menyokong kerajaan BN, mereka tidak merasa pun mereka dianaktirikan kerana kebajikan mereka tetap dijaga.Pada pandangan NR sudah banyak kemudahan awam yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan negeri PAS telah dibantu oleh kerajaan Pusat (BN).

Terima sajalah hakikat BN dan PAS tidak sehaluan lagi buat masa sekarang. kalau BN nak buat sesuatu di Kelantan PAS akan kata bermotifkan politik. Kalau BN nak buat pembangunan di Kelantan PAS akan kata itu semua gula-gula politik. 

Tapi kalau semua nak harapkan kerajaan Pusat (BN) apa pula tanggungjawab kerajaan PAS Kelantan. Usahkan isu jalan... isu air pun tidak dapat diselesaikan walaupun sudah 22 tahun memerintah. 

So... janganlah hanya menuding jari kepada orang lain.. satu jari ke arah orang lain lagi empat ke arah diri sendiri. Kepada rakyat Kelantan yang terasa diri dia dianaktirikan, PRU 13 nanti merupakan titik perubahan untuk anda mengubah kerajaan negeri sedia ada kepada yang baru. 

Kalau tak percaya cubo tera teh tengok....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply