» » » Satu lagi persoalan untuk PAS...???

Persoalan ini menarik untuk di ulas kerana masalah berlaku dikawasan kami. Adakah pemimpin PAS merasakan mereka lebih baik daripada UMNO?. Setelah berkuasa dibeberapa negeri kita melihat pelbagai masalah ditimbulkan pemimpin PAS. Contohnya isu kuil Hindu dikawasan majoriti Islam Seksyen 19 Shah Alam yang telah telah mejadi isu panas pada tahun 2009. Kami penduduk Seksyen 19 kecewa dengan sikap pemimpin PR yang menyebabkan masalah penduduk berpanjangan selepas mereka berkuasa. Semasa penduduk pindah kuil itu kecil dikawasan rendah semak terbiar, tiada bekalan air dan elektrik disitu. Kuil digunakan penduduk setinggan berhampiran jalan keretapi. PKNS berjanji kuil akan dipindahkan kerana kawasan itu untuk tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Semua penduduk setinggan dipindahkan secara berperingkat-peringkat hingga selesai pada tahun 2005. Pada tahun 2006 selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan kuil semakin aktif. Kuil dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan lain. Sepanjang tahun 2006 penduduk buat perjumpaan dengan pelbagai pihak mohon kuil dipindahkan kerana aktiviti mereka mengganggu ketenteraman di kawasan penduduk. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Pada 26/07/2007 aduan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah dan Biro Pengaduan JPM. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil dipindahkan ke Seksyen 22. 
Namun begitu usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan kuil itu dibatalkan selepas PR berkuasa pada Mac 2008 atas alasan tapak jauh dikawasan kilang. Sepatutnya pemimpin Islam prihatin selesaikan masalah penduduk Islam tetapi sebaliknya berlaku. Bendera PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, pemuda kuil kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Pihak kuil semakin berani dan gangguan bising lebih teruk berbanding masa BN dahulu. Julai 2008 keramaian bergendang sering diadakan. Mereka tidak penduli sensitiviti penduduk sekitar. Mereka bergendang ketika azan Maghrib hingga tengah malam. Pada malam 26/07/2008 mereka buat perarakan bergendang membawa patung besar depan rumah penduduk jam 1 pagi. Suasana malam itu kecuh penduduk tegur bising diugut bunuh. Bila polis sampai mereka jerit apa komplen Melayu bodoh. Gangguan bising pelbagai bunyi mengganggu lagi pada waktu pagi selama beberapa jam. Pelbagai masalah sampingan berlaku apabila mereka berkumpul ramai dikuil itu. Kawasan pednduduk menjadi sesak setiap kali kuil mengadakan upacara dan keramaian disitu.
Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa, perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tidak ada tindakan berkesan. Oktober 2008 kuil ganggu bising semasa penduduk sambut Aidilfitri. Pada November 2008 rumah penduduk dan tanda jalan diconteng nombor gengster 303, kawasan penduduk menjadi tempat pemuda Hindu merempit, minum dan mabuk. Pelbagai ugutan dibuat kepada penduduk yang berani menegur mereka. Disember 2008 bilik kuil dibesarkan, gangguan bising semakin kronik. Penduduk minta bantuan dari Pertubuhan NGO Islam. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang AP Shah Alam. Dihadapan mata penduduk, penguat kuasa MBSA dan AJK kuil Khalid Samad tuduh NGO datang buat provokasi dikaitkan PRK Kuala Terengganu. Selepas campur tangan NGO bendera PR diturunkan. Adakah pemimpin PAS Md Sabu yang tinggal tidak jauh dari situ ambil penduli bendera PAS berkibar dikawasan kuil hampir setahun?

 NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan sebahagian masalah yang dihadapi penduduk. Pada hari perasmian gelanggang Khalid Samad tulis dalam blog tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Artikel itu tersebar luas, pelbagai komen pembaca sampai ada yang kata UMNO nak rampas Selangor. Kenapa seorang wakil rakyat sanggup menulis berderet artikel pada10/01/2009, 12/01/2009, 18/08/2009, 19/08/2009, 30/08/2009 dan 02/09/2009 mengenai Persoalan kuil Seksyen 19 yang lebih memihak kepada pengunjung kuil Hindu?. Kenapa pemimpin PAS tidak mengambil kira situasi sukar dan pelbagai risiko yang dihadapi oleh penduduk sekitar kuil hingga terpaksa minta bantuan dari luar? Pertubuhan NGO segera datang membantu selepas menerima aduan tetapi NGO di sindir sebagai kaki perhangat.
NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 berita diterima penduduk kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka. Mereka tidak mahu masalah penduduk di Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka. Pemimpin PR tidak ambil peduli bantahan penduduk . Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan itu terletak bersebelahan padang permainan kanak-kanak. Malah tapak kuil seluas satu ekar itu dipagar. MB Selangor hendak teruskan juga bina kuil disitu. 
Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk bantah kuil di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes satu dunia kecuh konon hina agama Hindu. 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kebanyakan blog pemimpin Islam PR membuat ulasan isu kepala lembu dikatakan menghina agama lain. MB Selangor minta maaf kepada penganut Hindu kerana isu kepala lembu amat sensitif kepada mereka. Bagaimana pula sensistiviti penduduk Islam sekitar kuil Seksyen 19? Kenapa pengunjung kuil tidak pernah peduli sensitiviti penduduk Islam? Kenapa mereka yang buat provokasi kepada penduduk dibela oleh sebahagian pemimpin Islam PAS dan PKR?.Setiap bantahan dikaitkan UMNO. Pada 30/09/2009 risalah diterbitkan oleh bahagian Sekretariat akhbar kerajaan Selangor bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan risalah bersikap double standard menulis fakta yang hanya mendengar aduan pihak kuil. Siapakah dalang sebenar yang menimbulkan ketegangan di Seksyen 19 dan Seksyen 23?. Masalah penduduk Islam tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa prihatin selesaikan aduan rakyat. Penduduk terpaksa minta bantuan dari luar kerana pihak berkuasa tidak ambil peduli aduan dan bantahan penduduk. Kenapa pertubuhan NGO lebih prihatin dan segera membantu penduduk? Logikkah Pertubuhan NGO datang membantu penduduk dituduh menimbulkan isu perkauman?.
Selepas isu kepala lembu kuil tidak jadi dibina bersebelahan Padang Permainan Kanak-kanak Seksyen 23. Kuil di Seksyen 19 terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko. Walaupun kuil yang mengganggu penduduk sudah dirobohkan pada 02/02/2012, tetapi pemimpin PR tidak boleh berbangga konon hasil usaha mereka kerana pemindahan berlaku hanya dibuat selepas penduduk Seksyen 19 minta campur tangan daripada Pertubuhan NGO Islam. Polis juga menasihatkan MBSA agar memindahkan kuil kerana bimbang perkara lebih buruk berlaku. 
Sebahagian pemimpin Islam tidak prihatin dan serius dalam menyelesaikan masalah umat Islam. Mereka sering menyalahkan pihak lain bila timbul isu demi untuk menutup kesilapan mereka. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pihak kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin Islam kepada pihak kuil telah menyusahkan penduduk. Kuil senyap selama 7 bulan selepas campur tangan NGO Januari 2009, tetapi selepas Ogos 2009 hingga Januari 2012 gangguan bising sering berlaku kerana pemindahan kuil sering tertangguh. Isu ini menyedarkan penduduk bahawa pemimpin Parti Islam yang sering buruk sangka kepada UMNO sanggup menjaga kepentingan kafir melebihi segalanya.
-Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.


PS: terima kasih kepada penulis yang mengirim komen di atas... Apa yang pasti itulah realiti yang bakal berlaku jika PR memerintah. Demi kerana inginkan undi, matlamat akan menghalalkan cara...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. http://www.khalidsamad.com/2009/09/
    FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
    Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

    2hb September 2009 M
    13 Ramadan 1430 H

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

    Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

    “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

    Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

    “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

    Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.


    Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

    Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

    “Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

    Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

    Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

    Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

    وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

    YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
    Ahli Parlimen Shah Alam

    Labels: Islam, Isu semasa, Shah Alam

    ReplyDelete